August 31, 2012

Dugaan Datang Membuat Aku Lebih Faham.


sejak aku kecil
aku telah diuji dengan pelbagai penyakit

tapi..
disebalik ujian itu tersimpan satu hikmah

Dugaan yang berlaku dalam hidup aku selama ni 
mmbuatkan aku memahami perasaan insan2 yang diuji Tuhan yang Esa...

kerana apa?
kerana aku pernah melalui penderitaan/ujian yang ditanggung mereka.

aku pernah menanggung kesakitan operation
kecik pon penah,.
besar pon penah..

aku penah kene dialysis (CAPD) selama 6taun
aku penah kene haemodialysis selama 2bulan lebih
aku penah terlantar di hospital sebulan 
aku penah dikuarantinkan 
aku penah koma..
aku penah hampir kehilangan nyawa aku..
aku penah menjalani operation dalam keadaan aku sedar
setiap tusukan jarum itu aku rasa

dan kini,
Allah menguji aku dengan mmbuatkan aku rasa mcm mana menjadi pesakit 
yang menghidap Kencing Manis..

ye..
memang perit..
sampai kadang2 jadi tension dan buntu
tak tau nak makan apa..

semakin lama 
semakin aku mengerti mengapa aku diuji..

Allah memberi aku ujian yang besar2
supaya aku tenang menghadapi ujian2 yang kecik..

kini,
aku berterima kaseh pada Allah
sbb memberi aku pengalaman hidup yang sebegini
kerana semua ni mmbuat aku lebih kuat 
dan lebih matang dari umur aku

pesan aku buat korang :

Jika korang diuji..
pandanglah pada mereka yang lebih kuat ujiannya..
jika mereka boleh tahan dan melaluinya
kenapa tidak korang?

Ujian datang bukan nak membebankan 
tapi nk mematangkan kita
supaya bersedia untuk perjalanan hidup yang akan datang...

semakin meningkat usia kita
semakin jauh perjalanan hidup kita
kita akan menempuh lebih banyak cabaran
jadi, bersedialah dari sekarang.

tabahkan diri
cekalkan hati
ingat dan taat pada Ilahi.

smoga kita sama2 berjaya menjalani perjalanan hidup ini.
amin.

sekian.

No comments:

Clock

Umur Mr. Estrada

Daisypath Vacation tickers

Umur Si Kachak

Lilypie Angel and Memorial tickers

Hasil Photography Sepot

Hasil Photography Sepot
Teruskan Minat Untuk Kejar Cita2 - Tokeh Sepot

Jom Klik!